Seni bina Dewan_Sultan_Ibrahim_UTHM

Konsep bangunan berbentuk objek aerodinamik dengan mengambil kira ciri-ciri bangunan Perpustakaan yang terletak bersebelahan dengannya sekaligus memberikan kesan yang baik terhadap rintangan laluan angin. Konsep ini turut dipadankan kepada rupa jata Universiti jika ianya dilihat daripada kedudukan ‘birds eye view’ berdasarkan pelan lantai bangunan .

Selain daripada itu, fasad bangunan ini turut dihiasi dengan rupabentuk senibina Islam dengan wujudnya struktur-struktur berupa gerbang ‘ arches’ yang mencerminkan kesederhanaan dan sekaligus memberikan kesan harmoni bangunan ini terhadap masjid universiti yang terletak bertentangan dengannya.

Bentuk ukiran daun sireh dan bunga lada hitam turut menghiasi ruang dalaman bangunan ini dimana ianya boleh didapati pada ruang lantai dewan serta menjadi hiasan dinding. Corak ini di ambil daripada konsep ukiran eksklusif yang kebanyakkannya digunakan sebagai motif ukiran / corak di negeri Johor.